Petang tadi sempat pergi rumah nenek zaty, sempat tertido sebab penat, Balik sekolah capai kunci moto terus pergi sana. Ingat nak amik adik. Tapi dia tak mahu balik. Aduhh, Satu hal adik ni bila dah jumpa kawan. Sure sangat tak mahu balik.
Then, sampai rumah " Pegi sidai kain" Okay ikot.. Hikhokk^ Belum sempat duduk. Baru bagi salam nak masuk rumah dah kene sidai kain, K lumrah lah kan anak dara. K diam. Then duduk tengok tv kejapp. Rehat kan badan. Tetiba channel OASIS ada keluar lagu ni..........
Okay.... Mula mula terdiam sebab lagu ni lirik dia sayu sangat! lagipun ada kaitan dengan arwah ayah. Ya Allah. Sedih sangat dengar lagu ni.... Tusuk kalbu lirik dia. pape pun Al-Fatihah untuk arwah ayah. Always miss you damn much :'(
Lirik.....
Ayah aku rasa sunyi sejak kehilanganmu di dunia ini di saatku meniti kejayaan ini
Ayah aku menyanjungi jasamu yang terlalu agung buatku tak dayaku membalas jasa dan budimu
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku terasa siksanya di jiwa ini Tak dapatku membalas jasamu di dunia ini
Di pagi raya kupohonkan kemaafan keinsafan Ku doakan agar rohmu Dicucuri rahmat Ilahi Oh Ayah...
Tanpa kamu hilanglah haluan hidupku terasa siksanya di jiwa ini namun aku tetap redha apa yang mendatang
Ayah aku menyanjungi jasamu yang terlalu agung buatku di hari raya ini ku merindui mu